Gaya Hidup

Pizza Hut rai kemeriahan Aidilfitri dan kiriman salam dengan Pizza Kari Raya

PETALING JAYA – Raya kali ini, umat Islam seluruh negara sekali lagi akan menyambutnya dengan sedikit berbeza, namun tidak semestinya sambutan kali ini tidak bermakna.


Antara hikmahnya, keadaan kali ini membuka ruang untuk mengingatkan kita supaya sentiasa menghargai keluarga dan insan tersayang, sama ada duduk serumah ataupun jauh di mata, kita harus menghargai dan terus memberikan kegembiraan kepada mereka terutama sekali di musim perayaan ini.


“Raya adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dan walaupun perayaan tahun ini nampaknya penuh dengan kenangan pahit manis, itu tidak bermakna kita tidak dapat merayakannya dengan gembira.

Sebaliknya, kita harus sentiasa bersyukur dan cuba untuk mewujudkan cara baru untuk meyemarakkan lagi hubungan yang ada selama ini,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.


“Walaupun bersalam dan berkunjungan amat tidak digalakkan pada waktu ini, Pizza Hut berharap agar semua umat Islam terus menyambut Hari Raya dengan meneruskan tradisi ‘bersalam’ dan bermaafan melalui penghantaran pizza Kari Raya, disertakan dengan ‘Kad Salam’ yang berfungsi sebagai kiriman salam kepada mereka yang jauh di mata.


“Pelanggan cuma perlu membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Pizza Hut, dan mereka boleh memilih untuk menghantar pizza dan kad ini sebagai hadiah untuk rakan dan keluarga mereka dengan mengisi maklumat penerima,” tambahnya.


Pizza baharu yang diinspirasikan sempena sambutan Hari Raya ini telah dicipta untuk
meraikan ikatan dan mewujudkan semangat Raya pada semua, di mana setiap keluarga kini dapat menikmati pizza terbaharu berperisa kari bersama keluarga tersayang di rumah tanpa kerumitan memasak dan menyediakan juadah Raya; kini kesemuanya dapat bersantai dan menikmati setiap detik perayaan disamping keluarga bersama makanan yang mudah dinikmati ini.

Pizza Kari Raya menampilkan kerak unik berintikan kuah kari dan begedil, ditaburkan dengan ayam perap dan dilimpahi dengan sos kari lazat, boleh didapati untuk waktu yang terhad dari
19 April hingga 21 Jun 2021 dengan harga bermula RM38.90 untuk hidangan ala carte, dan hidangan kombo untuk 2 hingga 4 orang bermula dari RM44.90.

Dapatkan pizza terbaru ini melalui khidmat penghantaran, dan bawa-pulang serta melalui agregator khidmat penghantaran makanan lain seperti Grabfood & Foodpanda. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: