Luar Negara

Penduduk Gaza meraikan gencatan senjata di jalanan

GAZA – Gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bermula awal pagi tadi diraikan penduduk Palestin yang membanjiri jalanan selepas 11 hari berlindung.

Wartawan AFP di Tebing Barat berkata, buat kali pertama kereta kelihatan di jalanan sambil membunyikan hon dan orang ramai menjalani kehidupan biasa, malah beberapa das tembakan turut kedengaran bagi meraikan gencatan senjata itu.

Buat kali pertama, tiada siren amaran dibunyikan di Israel bagi memberi amaran mengenai serangan roket Hamas, sekali gus menjadi petanda gencatan senjata itu dipatuhi kedua-dua belah pihak.

Gencatan senjata inisiatif Mesir itu turut membabitkan kumpulan bersenjata kedua paling berpengaruh di Gaza, Islamic Jihad, yang turut mempersetujuinya berikutan tekanan antarabangsa bagi menghentikan keganasan bermula 10 Mei lalu.

Seorang tokoh veteran Hamas, Khalil al-Hayya, menyifatkannya sebagai kegembiraan satu kejayaan.

Pihak Israel, dalam satu kenyataan, berkata kini terpulang kepada kepemimpinan politik pada peringkat akar umbi untuk menentukan hala tuju seterusnya bagi isu itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata beliau sedia ke Asia Barat pada bila-bila masa jika boleh membantu Israel dan penduduk Palestin mengakhiri keganasan serta meneruskan kehidupan seperti biasa. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: