Terkini

Pelakon, pelawak Ramasundran meninggal dunia

Kuala Lumpur – Pelakon dan pelawak negara Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Ramasundran, 57, yang popular antaranya melalui sitkom Spanar Jaya meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Presiden Persatuan Teater Malaysia Sakrani Shamsuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi panggilan telefon oleh isteri mendiang.

Sakrani berkata mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden persatuan tersebut dimasukkan ke bahagian kecemasan HKL kira-kira 12 tengah malam tadi kerana kakinya bengkak.

Menurutnya, satu jam kemudian doktor mengesahkan Ramasundran yang mempunyai sejarah masalah jantung telah meninggal dunia.

“Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan. RIP (semoga rohnya bersemadi dengan aman) daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Teater Malaysia,” katanya.

Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: