Gaya Hidup

realme 8 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899

Petaling Jaya – realme secara rasminya telah melancarkan realme 8 5G ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 899 yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar 5G termurah di Malaysia.

realme 8 Pro ini hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 700 yang memberikan kebolehan perhubungan 5G dan menggunakan proses 7nm yang lebih efisien dan ditawarkan didalam 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada skrin, realme 8 5G menampilkan pengunaan skrin paparan 90Hz LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Dragontrail.

Pada bahagian kamera, realme 8 5G menampilkan pengunaan sensor GM1 48MP, sensor makro dan sensor B&W serta kamera selfie 16MP.

Beralih kepada bateri, realme 8 5G menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantas ditawarkan pada model ini hanya 18W.

realme 8 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Supersonic Blue dan Supersonic Black mulai 28 Mei ini pada harga RM 899 dan pembelian di realme authorised stores akan menerima Portable Smoothie Blender.

Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan realme 8 5G ini pada harga RM 799 di stor rasmi realme di Lazada pada 28 Mei bermula jam 12 tengah malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: