KUALA LUMPUR- Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.

Surat penamatan tersebut juga menyatakan penghargaan diatas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan Prasarana.
Berita lanjut menyusul.