Terkini

Mercy Malaysia bantu program outreach vaksin ‘rumah ke rumah’

KUALA LUMPUR – Mercy Malaysia akan menggerakkan sumber dana dan sukarelawannya untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program ‘outreach’ vaksin pada pertengahan bulan depan dengan membantu pemberian vaksin dari rumah ke rumah.

Pengurus Besar Operasi Mercy Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tumpuan akan diberikan kepada individu terlantar sakit di rumah, orang kurang upaya dan individu dengan masalah kesihatan yang menyebabkan mereka tidak dapat pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau berkata, fasa pertama program itu akan membabitkan 20 sukarelawan Mercy Malaysia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk dihantar ke program outreach vaksin KKM di Selangor dan Kuala Lumpur

“Kita menyokong KKM untuk melaksanakan PPV bergerak untuk menyampaikan vaksin kepada golongan sasaran.

“Pergi terus kepada komuniti untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok bagi mengekang Covid-19,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: