Terkini

Bantuan kepada industri pelancongan penting ketika ‘lock down’: Matta

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menggesa kerajaan supaya memastikan beberapa langkah dilaksanakan susulan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa ini.

Bendahari Kehormatnya, Faeez Fadhlillah berkata, industri dan aktiviti ekonomi yang berkaitan telah mengalami kerugian lebih RM100 bilion secara keseluruhan.

ADVERTISEMENT

“Pada 2020, ketibaan pelancong di Malaysia merosot 83.4 peratus manakala perbelanjaan pelancong susut 85.3 peratus kepada RM12.69 bilion tahun lepas daripada RM86.14 bilion pada 2019,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, justeru Matta berharap kerajaan dapat melakukan beberapa inisiatif untuk meredakan risiko ekonomi berikutan penutupan industri.

“Inisiatif itu termasuk moratorium pinjaman automatik bagi peserta industri pelancongan dengan sifar kadar faedah, lanjutan program subsidi upah sehingga akhir tahun serta pembatalan Kursus Peningkatan Pelancongan dan Pengembaraan (TTEC),” katanya.

Faeez berkata, ejen pelancongan yang terjejas teruk ekoran Perintah Kawalan Pergerakan berterusan dan penutupan sempadan juga memerlukan bantuan kewangan dan hala tuju pemulihan pelancongan yang jelas untuk membangunkan semula industri.

Beliau berkata, MATTA menyarankan kerajaan mewujudkan pelan hala tuju pemulihan pelancongan bersama-sama sektor swasta memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk industri ini merancang dan menyusun strategi bagi masa depan.

“Ini merangkumi rangka kerja dan jangka masa yang jelas bila sempadan domestik dan antarabangsa boleh dibuka semula, yang secara jelas menggariskan syarat-syarat berkaitan sempadan kita yang mana boleh mula dibuka semula.

“Rombakan besar-besaran ke atas dasar pelancongan termasuk pindaan Akta Industri Pelancongan 1992 serta pembatalan TTEC perlu dilakukan sejajar dengan rangka kerja keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, Matta menyokong cadangan Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia bahawa subsidi upah 70 peratus perlu diberikan kepada semua kakitangan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 dan subsidi 30 peratus (dihadkan pada RM3,000) bagi mereka yang berpendapatan lebih RM4,000.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: