Gaya Hidup

Lazada tawar penghantaran percuma barangan runcit dan keperluan

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang Lazada Malaysia (Lazada) menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 hingga 48 jam serta baucar penghantaran percuma harian untuk barangan keperluan berikutan jangkaan kenaikan permintaan terhadap barangan runcit dalam talian sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh atau total lockdown.

Ketua Pegawai Logistik, Olivier Petra, berkata dalam tempoh genting ini, Lazada memenuhi keperluan penghantaran barangan keperluan seperti hasil segar, pelitup muka, pensanitasi tangan, barangan rumah, bekalan bayi dan haiwan peliharaan.

“Rakyat Malaysia yang berada di rumah akan merasa tenang kerana mengetahui kami akan memastikan barang keperluan mereka dihantar dengan cepat dan tepat pada masanya.

“Kami menggesa masyarakat tempatan untuk menggunakan baucar penghantaran harian percuma yang ditawarkan untuk membeli-belah dengan selamat dari rumah dan membantu membendung penularan COVID-19. Kami juga mengendalikan penghantaran tanpa sentuhan demi keselamatan dan ketenangan fikiran semua pelanggan dan kakitangan kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Lazada, Sherry Tan, berkata pembelian barangan runcit di Lazada telah meningkat tiga kali ganda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dan jumlah kedai runcit tempatan yang telah melakukan digital melalui Lazada, hampir dua kali ganda sejak tahun lalu.

“Kami bersedia untuk menghubungkan beribu-ribu kedai runcit tempatan dengan lebih satu pertiga penduduk tempatan membeli-belah di aplikasi Lazada setiap bulan,” katanya lagi.

Pembeli dalam talian boleh mengakses dengan mudah untuk mendapatkan sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, makanan laut, ramuan masakan dan barangan keperluan harian daripada ribuan kedai runcit tempatan di halaman Shop From Home melalui http://lzd.co/MalaysiaShopFromHome.

Pembeli dalam talian boleh memilih kedai di halaman itu untuk penghantaran pada hari yang sama, keesokan hari dan dalam tempoh 48 jam di Lembah Klang serta menikmati berjuta-juta baucar penghantaran percuma yang diisi semula setiap hari pada tengah malam.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: