Terkini

Lebih 800 sekatan jalan raya seluruh negara mulai Selasa

PUTRAJAYA – Sekatan jalan raya di seluruh negara akan ditambah daripada 600 kepada lebih 800, bermula Selasa depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ia susulan pelaksanaan Fasa Pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown).

Selain itu, beliau berkata, pemeriksaan mengejut juga akan dilaksanakan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bersama beberapa agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Pemeriksaan mengejut itu akan dilakukan di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berkaitan pelaksanaan Fasa Pertama sekatan pergerakan penuh itu di KDN, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, kira-kira 70,000 anggota polis dan agensi bawah KDN juga akan ditugaskan sepanjang tempoh terbabit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: