Terkini

Mangsa tren bertembung diberi khidmat kaunseling

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru minggu lalu.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, penumpang yang memerlukan perkhidmatan kaunseling kerana trauma atau tekanan perasaan boleh menghubungi pihak mereka.

“Pihak kami bekerjasama dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling ini” katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan kaunseling boleh menghubungi Prasarana di talian 014-7371330 atau emel recovery2021@prasarana.com.my untuk mendapatkan temujanji yang akan ditetapkan oleh Prasarana dan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Dalam kejadian 24 Mei lalu kira-kira jam 8.30 malam, tren bersama 213 penumpang dari Gombak dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya menyebabkan 67 penumpang cedera termasuk enam parah.

Seramai 62 mangsa sudah dibenarkan keluar semalam selepas menjalani rawatan.

Lima lagi penumpang masih dirawat di hospital dengan tiga daripadanya ditempatkan di wad biasa dan dijangka dibenarkan keluar antara dua hingga tujuh hari lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: