Terkini

Semak alamat di aplikasi MySejahtera – KJ

PUTRAJAYA – Individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dinasihatkan membuat semakan alamat di aplikasi berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum ini timbul isu individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui MySejahtera di berikan janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri lain.

Katanya, apabila semakan dilakukan, pihaknya mendapati ia berlaku ketika pendaftaran dibuat individu terbabit menggunakan Google Maps API untuk menetapkan lokasi masing-masing dengan menaip nama taman perumahan atau lokasi mereka.

Beliau berkata, apabila carian Google Maps API kemudian membuat padanan terhadap nama taman perumahan atau lokaliti yang mempunyai nama yang sama di seluruh negara.

“Sebagai contoh, ada seseorang menetap di Taman Bahagia di Kuala Lumpur dan menaip ‘Taman Bahagia’ dan semua Taman Bahagian di Malaysia akan disenaraikan sebagai cadangan Google Maps API.

“Mereka kemudian ‘klik’ pada ‘Taman Bahagia’ yang pertama menyebabkan penetapan itu dibuat ke Taman Bahagia di Sandakan, Sabah.

“Berikutan itu, kami letakkan ciri tambahan dalam MySejahtera untuk anda mengesahkan alamat sebenarnya termasuk negeri dan poskod.

Mesej saya kepada pengguna MySejahtera, sila kemas kini alamat anda supaya insiden itu dapat dikurangkan dan dihentikan,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya, hari ini.

Pada masa sama Khairy berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan ‘help desk’ interaktif untuk membantu kes yang dihantar ke PPV di negeri lain atau jauh daripada alamat masing-masing kerana isu Google Maps API itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: