Politik

Iswardy mengaku tidak bersalah, Ikat jamin RM 5000

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebooknya, Sabtu lalu.

Iswardy, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui profil Facebook Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada jam 3 petang, 29 Mei lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud memohon anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana perlu menanggung keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mahyon membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu dilarang membuat sebarang ulasan terhadap kes ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Iswardy memuat naik video secara langsung bertajuk ‘Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun’ di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video tersebut, Iswardy mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Al-Sultan Abdullah dan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: