Bangi – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH membuktikan penggunaan pelitup muka berganda berkesan dan selamat semasa pandemik COVID-19.

Pembuktian ini berdasarkan ujian kadar penembusan dan juga karbon dioksida.

Jelas Pakar Teknikal, Jabatan Konsulasi, Penyelidikan dan Pembangunan NIOSH, Baderin Osman, ujian telah dijalankan di Makmal Dusk Mask Niosh terhadap pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain.

Ada beberapa cara penggunaan Pelitup Muka Berganda bergantung kepada individu.

Namun pelitup muka berganda ini tidak sesuai untuk petugas barisan hadapan dan penggunaan N95 masih terbaik buat mereka.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkongsi maklumat menerusi infografik dalam akaun Twitter beliau, kajian oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) merumuskan bahawa pemakaian pelitup muka berganda (dengan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

“Walaupun ia tidak diwajibkan berserta dengan pelindung muka, ia memberikan perlindungan maksimum,” katanya.

Menurut satu lagi infografik yang dikongsikan beliau, pelitup muka perubatan tanpa mengikat gelung telinga menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain (51.4 peratus), pelitup muka yang gelung telinganya diikat dan diselit pada telinga pemakai (77 peratus) dan pelitup muka berganda (85.4 peratus).

Sentiasa memakai pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain untuk pemakaian berganda dan elakkan menggunakan pelitup muka jenis sama sebagai pelitup muka berganda, menurut infografik itu.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading