Kuala Lumpur – Tentera Udara Malaysia (TUDM) telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force memasuki ruang udara Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021 semalam.
Bagaimanapun, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas untuk melakukan identifikasi visual.
Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 & pesawat Xian Y-20.
Difahamkan, pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.
Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan (Airways) di dalam KK FIR.
Operasi pemintasan dikendalikan oleh TUDM khasnya dan ATM amnya berlandaskan undang undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN).
Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.