Terkini

Polis tahan ahli politik berhubung kes cabul

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang ahli politik berhubung dakwaan seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, dicabul.

Lelaki terbabit ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.

Difahamkan, sidang media dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog.

Ia dipercayai berkaitan video yang disiarkan menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang bulan lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang mendakwa menjadi mangsa kejadian itu sudah dipanggil untuk diambil keterangannya, hari ini.

Katanya, wanita berusia 20-an itu dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, Hazani menegaskan polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri yang mendakwa dicabul seorang ahli jawatankuasa penganjur pertandingan itu.

Katanya, hasil siasatan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan salinan laporan polis bertarikh 21 Mei lalu yang tersebar di media sosial, peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa diraba di paha, tangan, leher dan belakangnya dalam sebuah kereta ketika mengikut suspek keluar makan malam di Kota Kinabalu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: