Terkini

Pengumuman Haji akan dibuat bila terima makluman rasmi Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Bakal haji Malaysia dinasihatkan untuk sabar menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai status ibadat haji tahun ini. TH akan memaklumkan sebaik sahaja keputusan rasmi
diperolehi dari Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini.

Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji berkata TH telah memulakan persiapan awal sejak tahun lalu dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi Haji sama ada di tanah air
mahupun di Tanah Suci.

Dato’ Sri Syed menegaskan salah satu keperluan baru yang diminta oleh Kerajaan Arab Saudi tahun ini adalah semua jemaah haji perlu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

“Sehubungan itu, dalam persedian awal kami, TH telah menyarankan semua bakal haji yang terpilih pada tahun 2020 untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.”

Hasil inisiatif tersebut, bakal haji dari seluruh negara telah mula menerima suntikan ini disamping satu lagi suntikan wajib iaitu meningococcal sejak Mac 2021 yang lalu.

“Namun begitu, bakal haji masih perlu lulus pemeriksaan kesihatan apabila menerima surat tawaran tunai haji kelak,” tambah beliau.

Semua bakal haji disaran untuk membuat persiapan sewajarnya kerana pelaksanaan rukun Islam kelima ini memerlukan persediaan dari aspek ilmu ibadat, kesihatan yang baik, rohani dan jasmani serta kewangan secukupnya bagi memastikan semua rukun dan wajib haji dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bakal haji juga perlu bersedia menghadapi kelainan dalam menunaikan haji kali ini disebabkan norma baharu yang akan diamalkan pada musim ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk menunggu maklumat rasmi dari TH dan untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di 03-62071919.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: