Terkini

MEDAC tawar moratorium untuk koperasi terjejas

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan penangguhan bayaran balik (Moratorium PKP 3.0) bagi Pembiayaan Tabung Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM).

Bantuan itu adalah bagi tempoh tiga bulan bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar, berkata penangguhan bayaran balik itu secara langsung mampu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Menerusi Moratorium 3.0 itu, sebanyak 1,056 koperasi seluruh negara akan menerima manfaat, sehingga 30 April lalu jumlah akaun pembiayaan TMPSKM adalah sebanyak 1,734 dengan kelulusan pembiayaan keseluruhan bernilai RM1.66 bilion.

“Koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 hanya akan membuat bayaran balik pinjaman mulai 1 September 2021. Bagi tujuan berkenaan, proses permohonan akan dipermudahkan di mana koperasi yang layak hanya perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu permohonan rasmi daripada koperasi, Penyata Terimaan dan Bayaran serta penyata bank bagi tempoh tiga bulan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Wan Junaidi berkata, pelaksanaan Moratorium PKP 3.0 itu ditawarkan kepada semua koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan di bawah TMPSKM.

Bagaimanapun, beliau berkata, koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan bagi aktiviti kredit, kelulusan moratorium itu tertakluk kepada koperasi yang menawarkan kemudahan moratorium kepada anggota-anggota koperasi.

“MEDAC berharap kemudahan moratorium bagi pembiayaan TMPSKM ini dapat membantu kelangsungan aktiviti perniagaan gerakan koperasi dan menyediakan kemudahan tunai tambahan untuk operasi koperasi,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: