Terkini

Tidak boleh pilih jenama vaksin

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan mereka tidak boleh memilih pengeluar atau jenama vaksin tertentu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin tiada jaminan untuk seseorang menerima vaksin vaksin pengeluar tertentu ketika hadir mendapatkan suntikan.

“Program pemberian vaksin dalam proses penjadualan semula dan anda tidak boleh memilih vaksin tertentu. Tiada jaminan untuk anda dapat Pfizer atau AstraZeneca atau Sinovac.

“Nasihat saya, ambil sahaja vaksin yang diberikan. Jika Sinovac, ambil kerana ia vaksin yang memberi perlindungan tinggi. Vaksin yang bagus,” katanya kepada media selepas melawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC, yang mula beroperasi, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah meluluskan vaksin COVID-19 Sinovac untuk kegunaan kecemasan, iaitu vaksin kedua buatan China yang menerima kelulusan itu.

Katanya, AstraZeneca yang sebelum ini diberi secara pilihan sukarela kepada rakyat Malaysia, juga dimasukkan kembali dalam senarai program vaksinasi negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: