Terkini

Sultan Perak perkenan dana khas bantuan PKP RM14.6 juta

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan dana khas bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM14.6 juta bagi meringankan beban yang dihadapi rakyat jelata di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, baginda menitahkan bantuan kecemasan kelangsungan hidup berjumlah RM10.9 juta disediakan untuk rakyat yang kehilangan sumber pendapatan.

“Bantuan ini adalah untuk ketua isi rumah dan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk yang terjejas.

“Ia berikutan sumber pendapatan terjejas kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau atas sebab-sebab lain yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pembiayaan berjumlah RM1.5 juta turut disediakan bagi bantuan pakej tablet dan data internet usahawan dan pelajar sekolah.

“Pemberian tablet dan data internet kepada usahawan dalam kalangan asnaf untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Ia juga diberikan kepada pelajar Tingkatan Lima dalam kalangan ketua isi rumah fakir-miskin,” katanya.

Mohd Annuar berkata, dana berjumlah RM606,000 disediakan MAIPk bagi tajaan peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera Jabatan Kesihatan Perak.

“Bagi Program Vaksinasi Covid-19 MAIPk, rizab RM200,000 disediakan untuk membiayai belanja vaksinasi kepada kumpulan yang dikenal pasti perlu disegerakan mendapat vaksinasi.

“Selain itu, sumbangan berjumlah RM400,000 disalurkan menerusi agensi berkaitan untuk keperluan kebajikan petugas-petugas barisan hadapan Covid-19,” katanya.

Menurutnya, bantuan operasi berjumlah RM400,000 disediakan untuk pusat jagaan anak yatim, rumah orang- orang tua dan warga emas Islam.

“Bantuan kebajikan pelajar luar negara berjumlah RM200,000 disediakan untuk pelajar yang sedang berada di luar negara.

“Jumlah sama disediakan untuk tajaan bekalan makanan untuk pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah atau maahad tahfiz yang menginap di tempat pengajian semasa tempoh PKP,” katanya.

Kata Mohd Annuar, sumbangan RM200,000 diberikan kepada Pusat Gelandangan Sementara di bawah kendalian kerajaan negeri bagi membiayai keperluan asas penjagaan diri, ubat-ubatan serta makanan tambahan.

“MAIPk turut memberikan pengecualian bayaran sewa dan pajakan hartanah wakaf berjumlah RM98,000 dan hartanah baitulmal berjumlah RM50,000 di premis dan tapak perniagaan MAIPK bagi bulan Jun 2021.

“MAIPk juga akan mengkaji tempoh pengecualian bayaran sewa dan pajakan tertakluk sama ada tempoh PKP 3.0 akan dilanjutkan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: