Terkini

9,411 calon SPM 2020 memperolehi keputusan semua A

PUTRAJAYA – Seramai 9,411 atau 2.46 peratus daripada 381,894 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperolehi keputusan semua A.

Data dikongsikan Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan seramai 78,731 atau 20.62 peratus memperolehi keputusan sekurang-kurangnya kepujian manakala 146,447 (38.35 peratus) memperolehi keputusan lulus dan 31.81 peratus atau 121,496 calon memperolehi keputusan sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.

Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 21,395 atau 5.60 peratus memperolehi keputusan kombinasi gred dan 1.16 peratus atau 4,416 calon memperolehi keputusan semua gagal.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan peperiksaan SPM 2020 juga menunjukkan peningkatan calon bandar dan luar bandar.

Beliau yang menyifatkan calon SPM 2020 adalah generasi paling mencabar, berikutan terpaksa berdepan suasana pembelajaran dan peperiksaan yang berlainan berbanding calon sebelum ini, ekoran penularan wabak COVID-19.

“Pencapaian calon di bandar dan luar bandar mencatatkan peningkatan. Namun, peningkatan pencapaian calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding pencapaian calon di bandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: