Terkini

Tun M tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 2.30 petang telah tiba di Istana Negara.

Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri itu dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.58 petang.

Dr Mathahir merupakan wakil pemimpin parti politik ketiga yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Difahamkan Dr Mahathir akan menganjurkan satu sidang akhbar dalam talian sebaik sahaja selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pemimpin parti yang selesai sembah menghadap pada Khamis.

Kenderaan yang membawa pemimpin parti tersebut tidak berhenti dan terus beredar dari Istana Negara.

Media yang masih berkampung di pekarangan pintu 2 Istana Negara terus diingatkan untuk menjaga penjarakan sepanjang liputan berlangsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: