Terkini

AS sumbang 500 juta dos vaksin Covid-19 ke seluruh dunia

WASHINGTON – Pentadbiran Joe Biden akan membeli 500 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer untuk disumbangkan kepada dunia, lapor Anadolu memetik Washington Post.

Menurut Washington Post, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu akan mengumumkan rancangan itu pada mesyuarat Kumpulan Tujuh (G7) di Britain akhir minggu ini.

Bercakap kepada wartawan sebelum berlepas ke United Kingdom (UK), Biden sekadar memberitahu bahawa beliau mempunyai strategi vaksin untuk dunia, tanpa memperincikannya.

Menurut Associated Press, memetik sumber, 200 juta dos akan diberikan tahun ini.

Minggu lalu, Biden berkata AS akan menyumbang 75 peratus vaksin Covid-19 yang tidak digunakan untuk program perkongsian vaksin global Covax Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekurang-kurangnya 80 juta dos vaksin akan dikongsi di seluruh dunia menjelang akhir Jun, bermula dengan 25 juta dos, menurut Rumah Putih.

Covax menyasarkan untuk memberi dua bilion dos vaksin pada akhir 2021.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: