Terkini

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan baik: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin harian yang tinggi membuktikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dimulakan pada 24 Feb lepas berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.

“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin). Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak Covid-19,” kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: