Luar Negara

Potensi Besar Kerjasama Antara Indonesia-Malaysia jika Industri Vape Dikawal Selia

Jakarta, Indonesia– Komuniti vape Indonesia hari ini menyeru Kerajaan Malaysia untuk segera memperkenalkan peraturan untuk mengawal selia produk vape di Malaysia kerana syarikat-syarikat yang berpangkalan di Indonesia berminat untuk mengembangkan perniagaan dan melabur di Malaysia. 

Edy Suprijadi, Aktivis Vape dan Perunding Industri di Indonesia berkata, “Pelaksanaan rangka kerja cukai di Indonesia sejak lewat 2018 telah meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain industri dan pengguna terhadap industri vape Indonesia. Set peraturan yang lebih jelas dan sokongan kerajaan telah membolehkan perniagaan beroperasi dengan lancar, manakala pelanggan pula mendapat jaminan tentang penggunaan produk vape  yang memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti produk.”

“Hasilnya, sejak memperkenalkan cukai vape di Indonesia, industri ini telah mencatatkan pertumbuhan kira-kira 60% antara 2019 hingga 2020. Pada 2019, industri telah  berjaya menyumbang hasil cukai berjumlah 500 bilion rupiah kepada Kerajaan. Malah pada 2020, hasil cukai yang dijana daripada industri bernilai kira-kira 700 bilion rupiah.”

Edy Suprijadi, Aktivis Vape dan Perunding Industri di Indonesia

Menurut Edy, yang merupakan mantan Setiausaha Agung Asosiasi Personal Vaporizer Indonesia (APVI), sebuah persatuan perniagaan Indonesia yang bekerjasama rapat dengan Kerajaan Indonesia dalam hal cukai vape, industri vape di Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang setaraf jika dikawal selia. Langkah tersebut juga akan membina landasan bagi kerjasama lebih rapat antara para pemilik perniagaan vape Malaysia dan Indonesia. 

“Ramai di antara kami di Indonesia  mengalu-alukan langkah Kerajaan Malaysia mengenakan duti eksais ke atas produk vape sejak awal tahun ini. Perkembangan ini merupakan langkah positif ke arah mengawal selia seluruh industri vape di Malaysia.”

“Sejajar dengan peningkatan permintaan di Indonesia, beberapa ahli kami kini sedang merancang untuk meluaskan perniagaan mereka ke luar negara. Dengan menetapkan peraturan bagi industri, para pemain industri kami akan dapat meneroka peluang usaha sama dengan industri Malaysia.”

“Malaysia ialah sebuah destinasi yang amat sesuai. Selain daripada infrastruktur dan kemudahan yang tersedia, ekosistem industri vape di Malaysia yang mapan merupakan faktor penting bagi pelabur.” 

“Kami percaya langkah seterusnya yang perlu diambil ialah untuk memperkenalkan peraturan bagi produk vape demi menggalakkan pembangunan industri.  Peraturan ini seharusnya turut merangkumi pembuatan dan penjualan e-cecair dengan nikotin yang membentuk sebahagian besar daripada produk yang dijual di Malaysia, Indonesia dan di peringkat global,” rumus Edy Suprijadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: