Terkini

Bakal haji 2020 diberi keutamaan pada 2022

SHAH ALAM – Bakal haji yang diperuntukkan giliran pada 2020 dan diberikan keutamaan untuk menunaikan haji pada 2021 akan sekali lagi diutamakan bagi tujuan tersebut pada tahun 2022.

Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, bagi bakal haji yang gilirannya pada tahun ini, mereka turut diberi peluang sama pada tahun depan tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa.

Menurut beliau, TH menangguhkan segala urusan operasi haji bagi tahun ini selaras keputusan muktamad Kerajaan Arab Saudi bahawa tiada jemaah luar negara termasuk Malaysia dibenarkan ke Tanah Suci.

“Walaupun TH sudah membuat perancangan operasi haji sehingga ke saat akhir, TH menerima keputusan yang dibuat oleh pihak Arab Saudi serta Kerajaan Malaysia.

“Keputusan penangguhan pemergian jemaah haji Malaysia tahun ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Arab Saudi yang mengambil berat aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia ekoran penularan wabak covid-19.

“TH menasihati hati umat Islam di Malaysia tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan pakej haji dan badal haji bagi tahun ini. Terus berdoa agar keadaan kembali pulih bagi membolehkan urusan haji diteruskan pada musim-musim hadapan,” Jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi pada Sabtu.

Dalam pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di Arab Saudi, mereka boleh memohon melalui Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini tertakluk kepada kriteria pemilihan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: