Terkini

Cawangan KWSP di seluruh negara kekal ditutup sehingga 28 Jun

KUALA LUMPUR – Pejabat dan kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan kekal ditutup sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dari 15 hingga 28 Jun bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan, kata dana pencen itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh sekatan pergerakan penuh berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP.

“Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60, dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP mula beroperasi semula,” katanya.

Bagi ahli KWSP yang telah memohon pengeluaran dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran dan cek jurubank, cawangan KWSP yang berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran atau melengkapkan transaksi pengeluaran tersebut di cawangan yang telah dipilih oleh mereka.

Perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60 hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun.

Bagaimananapun, KWSP berkata, proses pengesahan cap ibu jari bagi melengkapkan transaksi dalam talian ini hanya boleh dilaksanakan apabila cawangan dibuka semula kelak.

Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk ke laman web di http://www.kwsp.gov.my bagi penjelasan lanjut dan menghubungi talian khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: