Terkini

Covid-19: Pasar Besar MBMB ditutup 3 hari

MELAKA – Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang di sini ditutup selama tiga hari bermula Isnin selepas 15 peniaga di situ didapati positif Covid-19.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, peniaga yang positif adalah peniaga di bahagian sayur-sayuran dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat mereka.

“KKM mengeluarkan arahan pasar ini ditutup tiga hari selepas berlaku penularan Covid-19 dalam kalangan peniaga pasar itu.

“Penutupan pasar itu membolehkan kita menjalankan kerja-kerja sanitasi di bangunan pasar terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

MBMB dalam satu kenyataan menerusi media sosial, Facebook memaklumkan pasar berkenaan ditutup bermula Isnin hingga Rabu ini dan bakal beroperasi semula pada Khamis setelah kerja-kerja disinfeksi dilakukan.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata, seramai 100 individu kontak rapat kes positif Covid-19 membabitkan di pasar tersebut telah dikenal pasti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: