Sukan

PM ucap tahniah kepada Damok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah kepada Syarifuddin Azman yang muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah terhadap pasukan Syarifuddin yang telah membanggakan Malaysia di persada dunia.

“Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya.

“Sudah pasti hanya keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara.

“Tahniah Damok!,” katanya pada Isnin.

Syarifuddin,20, anak kelahiran Selangor memulakan perlumbaan di petak ke-10 tetap tenang memperagakan tunggangan terbaiknya sepanjang perlumbaan.

Dalam baki enam pusingan, Syarifuddin mula mengatur strategi sehingga berjaya memberi tekanan kepada barisan pelumba di kelompok hadapan yang diketuai Mario Suryo Aji dari Indonesia sebelum memimpin perlumbaan ke garisan penamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: