Terkini

Empat presiden parti GPS selesai menghadap YDPA

KUCHING – Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang diadakan secara maya di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Pertemuan selama 30 minit itu melibatkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

Dalam sesi tersebut Abang Johari yang juga Pengerusi GPS mempersembahkan tiga perkara penting dalam usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 serta pelan tindakan untuk ekonomi Sarawak.

Antaranya, program vaksinasi di negeri ini akan dipercepatkan dan diselesaikan pada bulan Ogos bagi mencapai imuniti kelompok.

Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara atas talian.

Selain itu kestabilan pentadbiran kerajaan dalam memastikan program ekonomi dan pengurusan COVID-19 dapat dijalankan dengan baik serta pelaksanaan Pelan Keluar Ekonomi Pasca COVID-19.

Sementara itu, tiga presiden parti komponen GPS dalam kenyataan bersama bersetuju dengan usul yang dibentang kepada Yang di-Pertuan Agong pada sesi tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: