Terkini

78 positif, Kawan Food gantung sementara operasi

KUALA LUMPUR – Kawan Food Bhd menggantung operasinya buat sementara waktu berikutan 78 kes positif Covid-19 disahkan dalam kalangan pekerja bahagian operasi anak syarikat milik penuhnya, Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat itu berkata ia menerima surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menggantung operasinya bermula hari ini hingga 21 Jun, 2021.

Syarikat itu berkata ia telah melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan di bahagian operasi, premis dan asrama termasuk penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, penjagaan kebersihan yang betul, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), sanitasi yang kerap dan mengehadkan lawatan daripada orang luar.

“Tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada KKM, kilang tersebut dijangka menyambung semula operasi secara berperingkat bermula 22 Jun, 2021. Kilang pengeluaran di China tidak terjejas dan beroperasi sepenuhnya,” katanya.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: