Terkini

Pengerusi Jawatankuasa Khas Darurat dijangka menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Menurut laporan Astro Awani, pertemuan bersama bekas ketua hakim negara itu menyusul selepas siri pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama ketua-ketua parti politik sejak minggu lalu.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diwujudkan dengan peranan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Selain Arifin, 18 lagi individu turut menganggotai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Antaranya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif dan pakar bedah jantung Tan Dri Dr Yahya Awang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: