Terkini

Majlis Bandaraya Ipoh beri moratorium 3 bulan

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memberi moratarium atau penangguhan selama tiga bulan terhadap beberapa pembayaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, MBI akan memberi moratarium ke atas bayaran cukai taksiran penggal pertama, bayaran lewat sewaan rumah pangsa, pembaharuan lesen premis/iklan/komposit perniagaan dan lencana anjing.

Beliau berkata, inisiatif yang dilaksanakan itu akan berkuatkuasa sehingga 31 Ogos ini dan tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dan denda lewat dikenakan sepanjang tempoh berkenaan.

“Moratorium ini bukan bertujuan pengecualian daripada bayaran tetapi lebih kepada memahami keperluan rakyat untuk berada di rumah dan terhad terhadap urusan di kaunter MBI secara fizikal untuk sementara.

“Bagaimanapun, MBI masih membuka saluran pembayaran secara atas talian melalui laman sesawangnya bagi mengelak sebarang tunggakan yang besar yang perlu dibayar oleh penyewa atau pembayar cukai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan penangguhan ini sekali gus dapat membantu penduduk bandar raya itu termasuk peniaga kecil yang terkesan selain merancakkan aktiviti perniagaan semasa di dalam tempoh PKP ketika ini.

Sebelum ini, media melaporkan dalam mesyuarat penuh MBI bulan lalu, Datuk Bandar turut mengumumkan pengecualian satu bulan bayaran sewa kepada peniaga di Pasar Besar Ipoh dan peniaga Medan Selera di bawah seliaan Majlis bagi bulan ini membabitkan lebih 1,000 peniaga dengan anggaran peruntukan RM50,000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: