Terkini

RELA jalankan siasatan dalaman

KUALA LUMPUR – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan penyalahgunaan data peribadi orang lain untuk didaftarkan sebagai anggota jabatan itu secara automatik tanpa kebenaran individu terbabit.

RELA dalam satu kenyataan, hari ini, menegaskan dakwaan yang timbul berhubung penyalahgunaan data peribadi orang untuk didaftarkan sebagai anggota RELA itu adalah tidak benar.

“Perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

“Bagaimanapun, RELA memahami kegusaran orang ramai berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Ini bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) berkuat kuasa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, RELA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

“RELA juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif dan sudah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan.

“Bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 akta itu digantung sementara kerana RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19.

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA,” katanya.

Menurut kenyataan itu, individu yang mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan, boleh menghubungi talian 03-88703770 dan e-mel di pro_rela@moha.gov.my untuk membatalkan keanggotaan.

Semalam, media melaporkan ada individu yang didaftarkan sebagai anggota RELA walaupun tidak pernah membuat permohonan hasil semakan secara dalam talian melalui pautan jabatan itu.

Sementara itu, BH mendapati pautan untuk orang ramai melakukan semakan keahlian pada sistem Semakan Ahli RELA di laman web myrela.moha.com.my kini dalam proses penyelenggaraan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: