Politik

Kongres tahunan PKR pada 20 Jun

KUALA LUMPUR – Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan pada Ahad ini.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Pengarah Kongres Nasional berkata, kesemua 2,000 perwakilan akan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom di kediaman masing-masing bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diambil parti selepas merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 9 Jun lepas.

“(Sementara itu) dalam surat daripada RoS kepada PKR pada 21 Mei lepas, parti diberikan masa sehingga 30 Jun untuk melaksanakan kongres,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Nik Nazmi, kongres itu akan memfokuskan isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi.

Pada 5 Jun lepas, Nik Nazmi dilaporkan berkata, PKR telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan makluman lisan daripada RoS masing-masing pada 4 Jun yang mengarahkan kongres itu ditangguhkan.

Persidangan Kongres Nasional Wanita PKR dan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan selesai diadakan secara maya, masing-masing pada 4 dan 5 Jun lepas.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: