Luar Negara

China berjaya lancarkan Shenzhou-12

JIUQUAN – Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan China pada 9.22 pagi Khamis sebelum dihantar ke orbit mengikut jadual.

Kejayaan pelancaran kapal angkasa yang membawa tiga angkasawan itu dianggap selangkah lagi kemajuan dalam misi penubuhan Stesen Angkasa Lepas China.

Misi angkasa lepas Shenzhou-12 kali ini turut disifatkan sebagai projek penerbangan angkasa lepas yang membawa angkasawan pertama sewaktu pembinaan Stesen Angkasa Lepas China dan misi penerbangan keempat ketika menguji teknologi penting berkaitan dengan pembinaan dan pengoperasian stesen angkasa lepas.

Ketiga-tiga angkasawan tersebut dijadualkan berada di angkasa lepas selama tiga bulan untuk menjalankan misi seperti menyelenggara dan membaik pulih kemudahan serta menggantikan peralatan di luar kenderaan kapal angkasa lepas.

Kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-12 merupakan kapal angkasa lepas dengan standard rekaan tertinggi oleh China dan paling baik prestasinya setakat ini.

Difahamkan kapal angkasa tersebut terdiri tiga modul melibatkan modul orbit, kapsul kemasukan semula dan modul perkhidmatan belakang, selain turut dilengkapi 14 sistem cawangan.

Sementara itu, roket pembawanya, Long March-2F Y12 pula telah dinaikkan taraf dari segi kredibiliti dan kebolehsesuaian bagi menjayakan misi pelancarannya yang ke-14.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: