Bisnes

PKMS disaran guna platform digital MARii ERP

PUTRAJAYA – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) disaran menggunakan platform digital Enterprise Resource Planning (MARii ERP) bagi memacu pendigitalan operasi perniagaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohammed Azmin Ali berkata, ERP akan membantu PMKS mengautomasikan proses pentadbiran manual melalui pendigitalan.

“Ini termasuk simpanan rekod, pemusatan maklumat dan menyatukan pesanan jualan sehingga penghantaran di dalam satu sistem yang dapat diakses serta digunakan oleh pelbagai fungsi di dalam perusahaan,” katanya menerusi laman Facebooknya pada Khamis.

Menurut beliau, teknologi yang dibangunkan oleh agensi MITI, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bagi membantu sektor ekonomi mengharungi cabaran pandemik Covid-19.

“Dengan adanya ERP ini, persekitaran operasi perniagaan akan berdasarkan data dan yang paling penting, tidak dikekang oleh lokasi serta kawalan pergerakan selagi terdapat sambungan ke internet,” katanya.

Beliau berkata, teknologi itu seiring dengan usaha kerajaan ke arah pendigitalan perniagaan menerusi MyDIGITAL.

“Jadi, saya menyeru kepada PMKS yang belum mengaplikasikan pendigitalan dalam perniagaan agar berbuat demikian seiring dengan perubahan persekitaran ekonomi global,” katanya.

MARii ERP adalah platform atas talian bagi syarikat menguruskan fungsi utama perniagaan di bawah satu platform, termasuk pengilangan, jualan dan logistik, pengurusan stok dan inventori, perolehan serta perakaunan.

Ia dapat mengautomasikan proses pentadbiran manual melalui pendigitalan simpanan rekod, pemusatan maklumat dan menyatukan pesanan jualan sehingga penghantaran di dalam satu sistem yang dapat diakses serta digunakan oleh pelbagai fungsi di dalam perusahaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: