Politik

Kerajaan beri perhatian titah YDP Agong – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yakin kerajaan akan memberi perhatian kepada semua pandangan yang telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung keperluan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Annuar menjelaskan, menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kerajaan telah menyatakan Parlimen akan bersidang seawal September atau Oktober.

“Sudah pasti urusan persidangan Parlimen perlu dilakukan dengan mematuhi peruntukan undang-undang, Perlembagaan serta peraturan-peraturan persidangan (standing order) sedia ada,” katanya.

Annuar juga menjelaskan, beliau amat bersetuju dengan pandangan bahawa program vaksinasi amatlah penting disegerakan dan menjelaskan disebabkan kepentingan itu pelan vaksinasi disemak semula.

Beliau amat menghargai pandangan Yang di-Pertuan Agong mengenai perlunya sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

“Politiking perlu dihentikan dan semua pihak perlu fokus kepada muafakat dan usaha memenangi perang mengawal penularan COVID-19,” katanya lagi.

Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: