Terkini

Kerajaan Malaysia perlu laksana langkah inovatif rancakkan semula ekonomi

KUALA LUMPUR – Advokasi Jenama Runcit dan Dagangan Malaysia (RTBA Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong pelaksanaan dasar kawal selia, kewangan dan percukaian berkesan yang melibatkan jenama dan juga peruncit, berkata kerajaan perlu mengambil langkah-langkah kreatif untukmendapatkan kembali berbilion ringgit yang telah dibelanjakan dalam usaha menangani kesan pandemik untuk membantu menggerakkan pemulihan ekonomi.

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia berkata, “Pandemik COVID-19 membawa mudarat kepada ekonomi global dan serantau. Di Malaysia, kita sudah melihat jalan keluar daripada kemelut, apabila Perdana Menteri mengumumkan Rancangan Pemulihan Negara dengan matlamat membawa negara keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi menjelang akhir tahun.”

“Namun begitu, jalan kearah pemulihan sememangnya berliku, dan kita memerlukan langkah-langkah kreatif tambahan yang boleh merangsang pemulihan ekonomi selepas pandemik.”

RTBA Malaysia mencadangkan beberapa langkah berikut yang boleh dipertimbangkan di Malaysia.

“Pertama sekali, kita perlu mencari jalan untuk membuka laluan bagi meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI). Akibat gangguan kepada rantaian bekalan disebabkan pandemik, perusahaan multinasional akan menilai semula jejak global dan menyusun strategi pemerolehan masing-masing. Malaysia boleh merangka dasar-dasar yang sewajarnya dengan matlamat menarik pelaburan semasa dan selepas pandemik dan juga untuk tempoh mendatang.”

Sebagai contoh, Myanmar telah melaksanakan Rancangan Pemulihan Ekonomi COVID‑19, yang antara lain, termasuk dasar aktif untuk menggalakkan dan mempermudah pelaburan, termasuk memberikan kelulusan segera bagi pelaburan dalam projek infrastruktur dan intensif buruh di samping mengurangkan yuran permohonan pelaburan.

Tambahan lagi, RTBA mencadangkan penciptaan aliran hasil baharu yang menjana pendapatan bagi negara ini.

“Kita boleh menjana hasil baharu dengan mengawal selia industri vape Malaysia dan meluaskan rangka kerja cukai yang kini hanya dikenakan ke atas peralatan vape dan e-cecair bukan nikotin. Menurut laporan, industri vape Malaysia bernilai kira-kira RM2.27 bilion dan berpotensi berkembang kepada RM10 juta dalam tempoh beberapa tahun jika e-cecair nikotin dibenarkan dijual menurut peraturan. Tambahan lagi, peserta tempatan yang terdiri terutamanya daripada PKS akan berpeluang untuk meluaskan operasi masing-masing.”

“Selain itu, Kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan meluaskan rangka kerja percukaian bagi e-cecair vape dengan nikotin yang membentuk 97% daripada pasaran. Dengan berbuat demikian, Malaysia berpotensi mengutip duti eksais sehingga RM300 juta pada tahun pertama sahaja.”

“Indonesia boleh dijadikan contoh yang baik. Menurut laporan baru-baru ini, sejak langkah memperkenalkan cukai vape di Indonesia, industri vape telah mencatatkan pertumbuhan kira-kira 60% antara 2019 hingga 2020. Pada 2019, industri ini berjaya menyumbang hasil cukai berjumlah 500 bilion rupiah kepada Kerajaan. Pada 2020, hasil cukai yang dijana daripada industri ini berjumlah kira-kira 700 billion rupiah,” tambah Dato’ Fazli.

Dalam pada itu, RTBA mengesyorkan agar Malaysia merancakkan semula sektor pelancongan, salah satu daripada industri yang paling terjejas teruk.

“Sesungguhnya pandemik ini membuka peluang untuk merencanakan semula industri pelancongan demi masa depan. Pelancongan berada di titik persimpangan dan langkah-langkah yang dilaksanakan pada hari ini akan membentuk sektor pelancongan pada masa depan. Kerajaan perlu mempertimbangkan implikasi jangka panjang krisis yang melanda dan mula mengambil langkah untuk menggalakkan transformasi struktur yang amat diperlukan untuk membina ekonomi pelancongan yang lebih kukuh, mampan dan berdaya tahan,” rumus Dato’ Fazli.

MengenaiAdvokasi Jenama Runcit dan Dagangan (RTBA) Malaysia

RTBAMalaysia ialah cabang RTBA, yang berpangkalan di Victoria, Australia. RTBA merupakan sebuah perikatan yang terdiri daripada perniagaan, peruncit dan pemegang tanda dagang yang berusaha melindungi industri runcit dan pembekal di rantau Asia Pasifik daripada perilaku jenayah. Fokus RTBA ialah untuk menggerakkan, mengetengahkan dan menyokong isu-isu kawal selia, kewangan dan percukaian yang mempengaruhi rantaian bekalan.

Pada hari ini, RTBA terus memainkan peranan secara aktif dalam usaha untuk mengukuhkan keselamatan produk dan meningkatkan denda bagi penjenayah yang terlibat dalam operasi pasaran gelap, menyekat aktiviti haram termasuk pemalsuan, cetak rompak dan perdagangan haram barangan pengguna; melindungi jenama & hak IP pembekal, pengilang, pemilik tanda dagang dan pengguna dan juga menyediakan penyelesaian kawal selia dan percukaian bagi semua anggota dagangan runcit dan rantaian bekalan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.rtbamalaysia.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: