Terkini

Konkrit runtuh: Kerja pembinaan lebuh raya DASH dihentikan serta merta

Kuala Lumpur – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd.,
pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)
mengesahkan berlaku insiden perancah besi atau ‘scaffolding’ jatuh di dalam kawasan
tapak pembinaan lebuh raya DASH berhampiran Kota Damansara lewat petang tadi.


Dalam kejadian tersebut, dua pekerja warga Bangladesh cedera dan telah dibawa ke
Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Insiden tidak membabitkan pengguna lebuhraya atau orang awam kerana ianya berlaku di dalam kawasan pembinaan yang bertutup.

Pasukan Emergency Response Team (ERT) DASH telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang terlibat.


Sehubungan dengan itu, arahan pemberhentian kerja di tapak pembinaan telah dikeluarkan dengan serta merta. Pihak pemaju dan kontraktor utama terlibat akan
memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: