Terkini

1,612,974 individu lengkap dua dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Dr Adham berkata, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos, melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang http://www.vaksincovid.gov.my sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat Ahad.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: