Terkini

Fasa tiga PICK Lembah Klang bermula Isnin

PUTRAJAYA – Fasa tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Lembah Klang akan bermula pada Isnin.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, menerusi fasa berkenaan, kerajaan akan membuka kepada mereka yang telah berdaftar untuk menerima vaksinasi sejak 23 Februari lalu terutama warga emas.

“Ketetapan tersebut dibuat selepas 99 peratus warga emas di Lembah Klang dan 88 peratus di Selangor yang berdaftar untuk mendapatkan vaksin, telah menerima suntikan dos pertama atau mendapat tarikh janji temu masing-masing.

“Kita membuat keputusan mempercepatkan fasa tiga. Fasa tiga ini sebenarnya telah bermula di beberapa daerah yang lain, contohnya Putrajaya sudah bermula fasa tiga beberapa minggu lepas disebabkan warga emas di kawasan itu telah selesai disuntik.

“Daripada kita tunggu selesai 100 peratus yang berdaftar untuk mendapat suntikan vaksin, saya buat keputusan kita mulakan fasa tiga ini (selepas warga emas selesai disuntik) supaya fasa itu dapat dicepatkan.

“Mana-mana negeri yang telah mencapai 90 peratus pemberian vaksin dos pertama atau mereka yang berdaftar telah mendapat tarikh janji temu, maka kita akan buka fasa ketiga program imunisasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menjelaskan, prestasi Malaysia dalam pemberian suntikan vaksin adalah baik malah sangat kompetitif jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran, serta tidak jauh ketinggalan dengan Jepun yang merupakan negara maju di Asia.

“Sebenarnya kapasiti pemberian (suntikan vaksin) bukan masalah, tapi (masalah) ialah jadual penghantaran vaksin disebabkan vaccine inequality di seluruh dunia dan kerajaan sedaya upaya berusaha mendapatkan vaksin secepat mungkin.

“Kita akan dapat bekalan 12.8 juta dos vaksin pada Julai dan 14.4 juta pada Ogos tertakluk kepada penghantaran, ini perjanjian yang diberikan oleh pembekal dan ini akan membolehkan kita mencapai sasaran 80 peratus daripada populasi di negara ini mendapat suntikan vaksin lebih awal daripada bulan Disember,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: