Terkini

Pemberi pinjam wang perlu dapat kelulusan CIMS

PUTRAJAYA – Hanya syarikat pemberi pinjam wang (PPW) berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mendapat kelulusan daripada sistem CIMS dibenarkan beroperasi.

KPKT dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan, bagi syarikat kredit komuniti di Sabah, Sarawak dan Labuan, kebenaran beroperasi perlu dirujuk kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKNS), Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak (JKNS) dan Perbadanan Labuan (PL).

Kenyataan itu juga menyebut, kementerian selaku agensi yang mengawal selia aktiviti kredit komuniti telah mengambil beberapa langkah bagi mengemas kini semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor PPW untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

“Antaranya, waktu operasi dan bertemu pelanggan dihadkan dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Hanya dua pelanggan dibenarkan berada dalam premis dalam satu-satu masa dan digalak membuat temu janji sebelum mengunjungi premis bagi mengurangkan bilangan pelanggan yang beratur,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama juga memberitahu, kapasiti pekerja terhad kepada 60 peratus kehadiran termasuk operasi dan pengurusan.

“Syarikat PPW diwajibkan menyedia kemudahan QR Code MySejahtera dan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.

“Pelanggan diwajibkan untuk mendaftar masuk ke dalam aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet atau pelanggan yang tidak mempunyai telefon pintar,” katan kenyataan itu.

Pengoperasian sektor kredit komuniti merupakan sektor ke-13 yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Kluster Kerajaan Tempatan dalam Sistem CIMS 3.0 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Fasa Pertama.

Jumaat lalu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada sektor itu beroperasi serta-merta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: