Terkini

Beri bayi minum arak, bapa direman lima hari

BALIK PULAU – Seorang lelaki direman lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes memberi arak kepada bayinya.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini pada jam 9 pagi, Rabu.

Suspek yang memakai kemeja lengan pendek berwarna hitam dan berseluar jeans tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi.

Semalam, polis menahan lelaki yang didakwa memberi anaknya minum arak selepas video lelaki itu bersama bayinya yang berdurasi 30 saat tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di kawasan Teluk Bahang kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa.

Menurutnya, hasil semakan mendapati lelaki yang sedang dalam tempoh pengawasan itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

Kamarul memberitahu, bayi berkenaan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: