Politik

Benarkah Hishammuddin jadi sasaran fitnah?

PUTRAJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terus menjadi sasaran fitnah politik.

Terbaharu, satu surat kononnya Menteri Luar itu memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan jumlah sokongan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Bagaimanapun ia ditangkis oleh pasukan Hishammuddin, H20 Team, bahawa surat yang tular itu adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” ciapan pada lewat malam Khamis.

Antara intipati surat tersebut menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) mencalonkannya sebagai Perdana Menteri selain senarai jemaah menteri daripada UMNO, Bersatu, MCA, Warisan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut disertakan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘dilantik’ sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Pada 10 Jun lalu, Hishammuddin diheret dalam permainan politik kotor apabila difitnah akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Keesokan harinya, tular sepucuk surat memaklumkan Hishammuddin dilucutkan keahlian sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta namun ia dinafikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: