Terkini

Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin Covid-19 – MMA

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin Covid-19 dijual oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian.

Presiden MMA, Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, sekiranya dakwaan itu terbukti benar, tindakan tegas perlu diambil ke atas syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan itu dan fasiliti penjagaan kesihatan swasta yang terlibat.

“MMA diberitahu bahawa vaksin dijual oleh sebuah syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian pada harga sekitar RM400 (dua dos) seorang dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta terlibat menjalankan vaksinasi.

“MMA mengambil serius perkara ini kerana pada masa ini kerajaan adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Subramaniam berkata, semua vaksin yang ada di negara ini adalah percuma kepada orang awam dan disediakan secara eksklusif menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pada Februari lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk mengkomersialkan vaksin Covid-19 di negara ini dengan membenarkan syarikat swasta menjualnya.

Beliau berkata, tiada syarikat yang dilesenkan untuk menjual vaksin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan membekal vaksin ke seluruh hospital termasuk hospital swasta, yang akan diberi secara percuma kepada orang ramai.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: