Terkini

Kes MB Kedah dirujuk pejabat pendakwaan

KEPALA BATAS – Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru pada 5 Jun lalu, sudah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan seterusnya.

“Kertas siasatan itu sebelum ini dihantar ke Bukit Aman dan telah dikembalikan kepada kami untuk diserahkan kepada PPN bagi tindakan selanjutnya. Memang kena hantar ke Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia membabitkan penjawat awam (menteri besar).

“Lagipun siasatan ini mengambil sedikit masa kerana ia (siasatan) dijalankan berdasarkan video dan gambar yang tular, jadi polis perlu merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak terbabit dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dalam kejadian 5 Jun lalu, tular gambar Muhammad Sanusi yang dipercayai memandu uji sebuah pikap jenis Ford Raptor di laman sosial.

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu kemudian mendapat kecaman warganet yang rata-ratanya marah dan tidak berpuas hati dengan menyifatkan pemimpin berkenaan tidak sensitif serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: