Bisnes

Mydin lancar kempen MyVaksin

SUBANG JAYA- Pengendali rangkaian peruncitan produk halal tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan kempen MyVaksin untuk membantu komuniti mendaftar pengambilan vaksin Covid-19.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin mengambil inisiatif berkenaan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pengambil vaksin Covid-19 dan membantu mereka yang tercicir segera mendaftar.

Menurutnya, program pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera itu berlangsung selama sebulan bermula 21 Jun hingga 20 Julai 2021 pada setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang di kaunter khidmat pelanggan melibatkan 47 cawangan Mydin yang dikenal pasti bersesuaian.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat pasar raya itu untuk membantu kerajaan dan negara mencapai imuniti kelompok.

Tiada apa yang perlu dirisaukan untuk semua rakyat mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19.

“Saya sendiri telah menerima dos vaksin yang pertama dan lega kerana menunaikan tanggungjawab sebagai masyarakat yang prihatin.

Semua kakitangan Mydin sendiri perlu segera mendaftar kerana kami merupakan barisan hadapan ekonomi yang berdepan pelbagai risiko setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ameer berkata, kempen itu mendapat sokongan penuh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ini merupakan inisiatif sosial bagi membantu mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) agar negara segera mencapai tahap imuniti kelompok.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bagi menggalakkan pendaftaran vaksin, Mydin turut menawarkan kad keahlian Meriah yang bernilai RM12 secara percuma dan pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran harga istimewa ahli dan mengumpul mata ganjaran.

Selain itu,untuk menambah lagi insentif kepada orang ramai, Mydin turut bekerjasama dengan syarikat e-dompet terkemuka tempatan, Boost.

“Bagi 20,000 pendaftar vaksin yang berjaya bakal menerima sub edompet Boost x MYDIN bernilai RM5.

Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar mereka dan berbelanja serendah RM50 bagi menikmati tawaran ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, pasaraya Mydin telah dikunjungi jutaan pelanggan kerana lokasi yang strategik sebagai platform memberi kesedaran dan maklumat mengenai pentingnya mendapat perlindungan vaksinasi yang diluluskan pakar kesihatan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: