Terkini

Kerajaan bakal umum pakej bantuan ekonomi lebih besar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi tidak lama lagi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), berkata pakej berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selain pengumuman Pelan Pemulihan Negara, saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar, ia tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan awal mengenai pengumuman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-45 NCCIM yang diadakan melalui webinar, hari ini. Beliau terdahulu menyampaikan ucaptama pada AGM berkenaan.

Khairy menjawab soalan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), N Gobalakrishnan berhubung langkah kerajaan bagi membantu pemain industri yang berdepan kesukaran dalam situasi pandemik COVID-19 ini, termasuk ada yang tidak mampu membayar gaji pekerja.

Sejak negara dilanda COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu, kerajaan sudah memperkenalkan enam pakej bantuan untuk membantu rakyat dan peniaga yang terjejas berikutan penutupan sektor ekonomi serta pengecilan operasi perniagaan, yang menyebabkan sebahagian rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Pakej berkenaan adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin PKS, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: