Terkini

PM harap lebih banyak GLC, NGO bantu jayakan PICK

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut serta memberi sokongan kepada usaha kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Usaha kerajaan dengan penglibatan NGO dan juga sektor swasta ini amat diperlukan dalam memastikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam catatan di Facebook pada Khamis.

Beliau berkata, antara usaha itu adalah sumbangan Sime Darby Plantation, Yayasan Sime Darby dan NGO OKU Sentral dalam membantu proses vaksinasi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di pusat pemberian vaksin (PPV) OKU-pandu lalu pertama dalam negara di Menara Sime Darby Plantation, Ara Damansara dekat sini.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan, OKU Sentral sebagai pengendali, para sukarelawan OKU, Sime Darby Plantation dan Yayasan Sime Darby yang membantu menaja lokasi dan perkhidmatan logistik sepanjang program vaksinasi OKU ini dijalankan,” katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin bersama dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun serta Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengadakan lawatan ke PPV itu, yang dikendalikan OKU Sentral.

PPV OKU-pandu lalu itu dibuka khas untuk membantu ahli komuniti OKU menerima suntikan vaksin mengikut kesesuaian dan keadaan mereka dengan dibantu oleh sukarelawan yang berpengalaman berurusan dengan komuniti OKU.

Muhyiddin berkata, proses vaksinasi golongan OKU bukanlah suatu tugas yang mudah kerana sifat atau tidak balas mereka yang tentunya berlainan daripada biasa.

“ Kesabaran petugas kesihatan dan sukarelawan di PPV ini mendepani karenah mereka amat dihargai. Langkah menyediakan bilik bertenang atau ‘calm room’ yang dilengkapi permainan dan alunan muzik juga adalah satu inisiatif yang amat baik dalam membantu ‘menenangkan’ anak-anak OKU ini.

“Saya amat berbangga dengan kesedaran ahli keluarga dan penjaga kepada individu OKU tentang ancaman virus Covid-19 serta menghargai sokongan mereka terhadap program imunisasi Covid-19,” kata Perdana Menteri.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: