Luar Negara

Pangsapuri runtuh: Satu maut, nasib 99 penghuni belum diketahui

SURFSIDE – Nasib 99 penghuni masih belum diketahui dalam insiden runtuhan sebahagian blok pangsapuri 12 tingkat berhampiran Pantai Miami yang mengorbankan sekurang-kurang seorang mangsa, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Polis Miami-Dade, Freddy Ramirez, berkata pihaknya setakat ini tidak memperoleh sebarang perkembangan makluman mengenai 99 penghuni yang berkemungkinan berada dalam bangunan itu ketika ia runtuh.

“Ia mungkin atas sebab yang berbeza-beza, namun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya pada sidang media.

Penolong Ketua Bomba dan Penyelamat Miami-Dade, Ray Jadallah, berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum membantu mengeluarkan 35 orang dari bangunan itu.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata, kira-kira 55 unit pangsapuri terjejas akibat runtuhan berkenaan.

Sekurang-kurang 18 warga Amerika Latin dilaporkan hilang dalam insiden berkenaan, setakat ini, menurut konsulat negara terbabit.

Mereka meliputi tiga warga Uruguay, Argentina (sembilan) dan Paraguay (enam).

Pangsapuri itu didiami penduduk tetap bersama penyewa serta penghuni bermusim, namun pihak berkuasa belum dapat memastikan jumlah sebenar orang berada dalam bangunan terbabit ketika kejadian.

Datuk Bandar Surfside, Charles Burkett, mengesahkan sekurang-kurang seorang mangsa maut dalam insiden berkenaan.

Komisioner Sally Heyman bagi County Miami-Dade pula memaklumkan, kira-kira 14 individu berjaya diselamatkan daripada timbunan runtuhan itu. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: